Helokipter digunakan bagi memindahkan penumpang-penumpang Kapal persiaran MV Viking Sky yang mengalami masalah enjin. foto Agensi

OSLO – Kira-kira 1,300 orang penumpang sedang diselamatkan daripada sebuah kapal pesiaran di pantai barat Norway selepas kenderaan itu mengalami masalah enjin.

Tiga orang cedera parah manakala lapan lagi mengalami luka.

Agensi penyelamat laut Norway berkata, MV Viking Sky telah menghantar isyarat masalah ketika ia berada di tengah-tengah laut yang ketika itu berdepan dengan gelombang tinggi dan angin kencang.

Lima helikopter dan beberapa kapal mengambil bahagian dalam pemindahan itu, kata agensi itu.

Kapal persiaran itu mengalami masalah enjin penumpang sedang menjamu makan tengah hari.

Seorang penumpang memberitahu, kapal itu tiba-tiba bergoyang dan tingkap pecah dan air mula masuk.

Jan Erik Fiskerstrand, seorang nelayan yang menjadi bot pertama yang datang untuk menyelamat berkata, dia tiba beberapa minit sebelum situasi lebih buruk berlaku.

Kapal itu kemungkinan besar melanggar batu-batu jika ia tidak menghidupkan semula enjin dan mengikat sauh.

Setakat pukul 10.40 malam, 155 penumpang berjaya dibawa ke pantai dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan.

Kebanyakan penumpang adalah warga British dan Amerika.

Institut Meteorologi Norway mengatakan pantai berkenaan dilanda ombak setinggi 10 meter.

Sebuah bot lain yang sedang dalam perjalanan untuk kerja-kerja menyelamat terpaksa berpatah balik kerana keadaan ombak yang boleh mengancam keselamatannya.

Semua penumpang kapal persiaran yang berjaya diselamatkan telah ditempatkan di sebuah kompleks sukan. – MalaysiaGazette