Pesawat Boeing 737 MAX 8

SINGAPURA – Boeing Co menjemput lebih daripada 200 orang juruterbang, ketua-ketua teknikal dan mengawal selia untuk sesi taklimat, kelihatan seperti perkhidmatan komersial 737 Max akan dimulakan semula,

Pertemuan itu memberi isyarat bahawa pemasangan perisian baharu dalam model pesawat itu hampir selepsai, walaupun ia perlu mendapatkan kelulusan pengawas selia.

Pada hujung minggu, pegawai Ethiopian Airlines telah mempersoalkan sama ada Boeing telah memberitahu juruterbang cukup mengenai perisian “agresif” yang menolak muncung pesawat itu turun.

Siasatan terperinci dalam kemalangan membabitkan Ethiopian Airlines baru-baru ini telah menyebabkan semua model pesawat itu digantung.

Sesi maklumat di Renton, Washington pada hari Rabu adalah sebahagian daripada rancangan untuk mendapatkan semua pengendali semasa dan akan datang 737 Max serta pengawas selia untuk membincangkan perkembangan terkini tentang perisian dan latihan pesawat, kata Boeing dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, Garuda Indonesia mengatakan ia merancang untuk membatalkan pesanannya bagi 49 buah pesawat 737 Max selepas sudah hilang kepercayaan susulan dua kemalangan.

“Kami dimaklumkan pada hari Jumaat tetapi disebabkan notis pendek, kami tidak dapat menghantar juruterbang ke sana,” katanya yang telah memohon webinar tetapi idea itu ditolak oleh Boeing.

Jurucakap Boeing berkata, acara itu adalah sesi maklumat secara berdepan.

“Kami akan jadual semula dan akan terus mengatur pertemuan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan pengendali pesawat 737 Max yang ada dan baharu,” ujar jurucakap itu.

Pesawat 737 Max adalah pesawat jualan terbaik dengan nilai tempahan melebihi AS$500 bilion – MalaysiaGazettte