Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

ALOR SETAR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan peletakan jawatan ahli- ahli Parlimen pembanhkang dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai urusan mereka.

“Tidak mengapa jika mereka mahu melepaskan jawatan. Itu urusan mereka,” kata Perdana Menteri selepas mengadakan pertemuan dengan penjawat awam.

Tiga ahli jawatankuasa dari Barisan Nasional dan satu Pas mengumumkan untuk melepaskan jawatan kecuali pelantikan Pengerusi PAC dipilih dalam kalangan mereka.

Ia merupakan tuntutan janji manifesto Pakatan Harapan yang akan memberi kerusi Pengerusi PAC kepada pembangkang.

Jawatan itu disandang oleh Datuk Seri Ronald Kiandee sebelum menyertai PPBM.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob berkata, surat itu akan diserahkan secepat mungkin.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar telah melepaskan jawatannya berikutan keputusan Dr Mahathir yang membenarkan Ronald untuk terus mengetuai PAC.

Keputusan perdana menteri itu dilihat bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu yang menetapkan jawatan Pengerusi PAC dalam kalangan pembangkang. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: