Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – UMNO memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Nga Kor Ming ekoran dakwaannya pemerintahan UMNO dan Pas akan menjadikan negara ini seperti diperintah Taliban.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kor Ming baru-baru ini susulan kerjasama UMNO dan Pas.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau telah menandatangani surat mandat kepada sebuah firma guaman pagi tadi untuk tindakan selanjutnya.

“UMNO memutuskan utk memulakan satu tindakan undang undang terhadap wakil rakyat party tertentu yg cuba mengaitkan dan MEMFITNAHKAN umno dgn TALIBAN baru baru ini,” katanya menerusi Twitter. – MalaysiaGazette