Pengerusi FELCRA, Datuk Nageeb Wahab bercakap kepada media selepas selesai menyerahkan memorandum dari pekebun kecil Malaysia susulan dari tindakan Kesatuan Eropah menghentikan eksport kelapa sawit Malaysia kepada Duta Kesatuan Eropah, Maria Castillo Fernandez di Pejabat Kedutaan Kesatuan Eropah, Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 MAC 2019

KUALA LUMPUR- Tindakan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan kepada bahan api daripada minyak sawit  bermotifkan politik semata-mata.

Menurut Pengerusi Felcra, Datuk Nageeb Wahab berkata, wakil EU yang ditemui oleh beliau bersama tiga lagi pemimpin penanam kelapa sawit negara hari ini gagal menjawab mengapa hanya minyak kelapa sawit sahaja yang disekat dan bukannya minyak sayuran lain seperti rapseed.

“Mereka tidak mempunyai jawapan kenapa hanya minyak sawit sahaja yang disekat. Kami anggap ini hanyalah tindakan politik kerana rapseed ditanam secara meluas di Eropah dan diberikan subsidi.

“Ini isu politik dan tahun ini adalah tahun pilihan raya di Eropah.

“Pengharaman minyak sawit tidak mempunyai kaitan dengan kelestarian, isu penebangan hutan dan sebagainya. Itu hanyalah alasan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada EU yang diwakili oleh Duta Sweden, Dag Juhlin-Dannfelt di sini hari ini.

MGF28032019_PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA KEDUTAAN KESATUAN EROPAH11
Pengerusi FELCRA, Datuk Nageeb Wahab bercakap kepada media selepas selesai menyerahkan memorandum dari pekebun kecil Malaysia susulan dari tindakan Kesatuan Eropah menghentikan eksport kelapa sawit Malaysia kepada Duta Kesatuan Eropah, Maria Castillo Fernandez di Pejabat Kedutaan Kesatuan Eropah, Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 MAC 2019

Selain Nageeb, penanam sawit Malaysia diwakili antaranya Pengerusi Felda, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Megat Mohd. Nor, Presiden Persatuan Pekebun Kecil Kebangsaan, Datuk Aliasak Ambia dan Ketua Pegawai Eksekutif Risda Estates Sdn. Bhd., Ali Sabuddin Saad.

Menurut Nageeb, mereka mewakili 3.2 juta pekebun kecil dan ahli keluarga membantah cadangan EU mengharamkan pengimportan minyak sawit bagi kegunaan bahan api ke negara anggota kesatuan tersebut.

Dengan itu, memorandum berkenaan dengan jelas meminta supaya EU menarik balik cadangan sekatan ke atas bahan api bio daripada minyak sawit, katanya.

EU juga diminta untuk menghentikan diskriminasi ke atas produk Malaysia dan bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan di antara Eropah dan Malaysia, EU diminta untuk menarik semula Akta Delegasi.

Memorandum itu juga meminta komitmen daripada EU untuk tidak mengharamkan minyak sawit pada masa hadapan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast