Kuala Lumpur, 29 September 2013 - Pengerusi DAP Karpal Singh hadir di Kongres Khas Parti DAP 2013 di Hotel One World, Damansara Gambar : Noor Asrekuzairey Salim Pemberita : Laili Rahman

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kesyukuran sahabat baiknya, mendiang Karpal Singh akhirnya bersih daripada pertuduhan kes hasutan seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Anwar dalam kenyataan di laman facebook beliau turut menyambut baik keputusan tersebut yang membersihkan nama mendiang peguam terkemuka itu berhubung kenyataan menyentuh krisis perlembagaan Perak 10 tahun lalu.

“Setelah sekian lama berjuang menuntut kebenaran terhadap kes ini akhirnya keadilan tertegak juga buat beliau.

“Keputusan ini juga sudah pastinya melegakan ahli keluarganya serta ia sesuatu yang manis menjelang ulangtahun ke-5 kematian Karpal,” katanya.

Karpal merupakan peguam Anwar dalam perbicaraan kes liwat.

Bekas pengerusi kebangsaan DAP itu didakwa pada 2010 kerana mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selepas Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin tersingkir dalam krisis itu.

Panel hakim, dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Zaharah Ibrahim memutuskan Karpal dilepas

Panel hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Zaharah Ibrahim berkata, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan melakukan kesilapan yang serius. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mendiang Karpal bebas tuduhan menghasut

 

Tinggalkan Jawapan