Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu hari ini.

BACHOK- Selepas pendakwah terkenal, Ahmad Husam Baderudin memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak – ramai lagi ustaz lain akan melakukan perkara yang sama.

Menurut bekas perdana menteri itu, Ahmad Husam akan menganjurkan satu program khas di tahfiz miliknya di Kedah pada April ini.

“Dia (Ahmad Husam) kini jadi penyokong kuat saya dan akan buat program di tahfiz dia, nak panggil semua ustaz yang (pernah) fitnah saya.

“Saya cakap boleh..cari satu bilik minta maaf seorang-seorang dengan saya,” ujarnya semasa berceramah dalam Majlis Sembang Santai Datuk Najib Bersama Warga Bachok hari ini.

Ahmad Husam yang merupakan anak kepada bekas Mufti Kedah, Datuk Baderudin Ahmad itu telah meminta maaf kepada Najib di Langkawi baru-baru ini.

Dalam pada itu, seperti biasa, Najib mendakwa rakyat sekarang telah sedar mengenai keburukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas mereka gagal mentadbir negara.

“Mereka sedar sekarang, kerajaan BN (Barisan Nasional) jauh lebih baik daripada kerajaan PH hari ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, kekalahan BN pada PRU-14 lalu ada hikmahnya dan salah satunya ialah bermulanya kerjasama antara UMNO dan Pas sekarang.

“Itu yang ditakuti DAP, tambahan kerusi berpuluh-puluh lagi akan dapat pada masa PRU-15 akan datang.

“Kita menang di Cameron Highlands, kita menang di Semenyih dan bakal menang di Rantau,” kata Najib.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ustaz kesal percaya fitnah ke atas Najib

 

1 Komen

  1. iya ke……… bn lebih baik ada gst untok rakyat. ada ustaz kena sumbat dedak lah tu. orang islam dah bayar zakat dah . yang kaya. melampau tu boleh lah bayar gst lagi tapi bukan rakyat .miskin . gila dah agaknya .

Comments are closed.