manchester United
Legenda Man United yakin Zidane merupakan calon paling berkualiti yang layak menguruskan kelab MU secara tetap.

SEPANYOL – Real Madrid dilaporkan menyediakan dana sebanyak 425 juta pound kepada Pengurusnya Zinedine Zidane pada akhir musim ini.

Dana besar itu dikatakan untuk merekrut Paul Pogba, Eden Hazard dan Kylian Mbappe ke Santiago Bernabeu musim hadapan.

L’Equipe mendakwa Zidane bersedia untuk membina semula era kegemilangan zaman galacticos.

Zidane bagi tujuan itu didakwa menyenaraikan bintang dari kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Pogba dan Eden Hazard dan penyerang berbisa Paris Saint Jermain, Mbappe untuk mengembalikan Real sebagai pasukan digeruni di Eropah.

Menurut L’Equipe kelab itu meraikan keuntungan 640 juta yang diperoleh musim lalu dan sanggup menyediakan dana besar untuk membantu Zidane menguatkan pasukan dengan pemain yang disasarkan.

Liga Perdana Inggeris kini menjadi sarang sasaran untuk dimusnahkan Zidane dengan memancing bintang bintang berkaliber dari kelab-kelab gergasi England.

Penyertaan jutaan penyokong baharu memberi semangat untuk kelab gergasi Eropah itu mara ke hadapan dengan rombakan pemain.

Mbappe muncul sebagai penyerang berbisa bersama PSG dalam pentas Eropah.

Bintang sayap Chelsea Hazard juga tidak menikmati aksi juara yang kini menyaksikan bergelut untuk menamatkan saingan di emoat teratas EPL dan bersedia berhijrah ke La Liga.

Manakala kenyataan Pogba bahawa berhijrah ke Real Madrid adalah minat mana mana pemain di dunia ini menambah spekulasi menyatakan kesediaan pemain itu untuk menyertai pasukan Zidane pada masa akan datang. – MalaysiaGazette