TERKINI : SPR Siasat Segera Sumbang RM75,000 Makanan Percuma – PRK Rantau

PRK RANTAU – Komponen Barisan Nasional (BN), MCA mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyiasat segera tindakan Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng yang sumbangan peribadi berbentuk kupon program makanan percuma bernilai RM75,000 kepada lima buah sekolah di DUN Rantau.

Menurut Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Siow Koi Voon, desakan itu dibuat kerana peruntukan itu nyata bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

“Biro undang-undang MCA Negeri Sembilan dalam proses untuk menulis surat bagi laporan tersebut kepada SPR memandangkan mereka ada kuasa untuk siasat,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat MCA DUN Rantau hari ini.