TERKINI : Streram Mahu Selesai Masalah Bangunan Lama Terbiar

Satu jalan penyelesaian akan dicari bagi menangani masalah beberapa bangunan lama dan lot gerai kosong terbiar di Pekan Rantau.

Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram berkata, isu itu telah dibawa ke perhatian Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan telah dibincangkan.