WASHINGTON  – Ketua Eksekutif Facebook,  Mark Zuckerberg meminta penggubal undang-undang untuk memainkan peranan yang aktif untuk mentadbir internet kerana rangkaian media sosial terbesar dunia itu sedang bergelut dengan kritikan.

Zuckerberg sedang berhadapan tekanan kerana syarikatnya gagal mengawal isi kandungan dan kerahsiaan pengguna di Facebook menulis dalam satu artikel dalam Washington Post mengatakan “pendekatan standard” untuk membuang sebarang kandungan mampu membantu syarikat-syarikat internet bertanggung jawab.

“Dengan mengemas kini peraturan untuk internet, kita boleh mengekalkan apa yang bagus mengenainya- kebebasan orang ramai untuk menzahirkan pendapat sendiri dan bagi usahawan pula mereka boleh membina benda baharu yang pada masa yang sama melindungi masyarakat daripada diganggu,” tulisnya.

Komennya itu adalah susulan daripada laporan Washington Post yang mengatakan kerajaan Amerika Syarikat dan Facebook sedang berunding untuk menyelesaikan denda berjumlah berbilion dolar akibat kegagalan syarikat tersebut melindungi kerahsiaan pengguna.

Zuckerberg turut meminta supaya perundangan baharu memberi fokus kepada melindungi pilihanraya termasuk undang-undang baharu yang mensasarkan pengiklanan politik atas talian yang “mencerminkan realiti sebenar ancaman” yang dihadapi oleh syarikat-syarikat media sosial.-MalaysiaGazette