S. Streram
Calon PH, Dr. S. Streram (tengah) berbual mesra semasa bersarapan bersama penduduk pada sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 01 APRIL 2019

SEREMBAN – “Apa gunanya kalau membina bangunan tetapi terbiar tanpa berfungsi,” kata calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau.

Menurut Dr. Streram, ia bermakna bangunan yang dibina itu seakan-akan tidak wujud seperti balai bomba dan hospital di kawasan tersebut.

“Saya bangkitkan isu balai bomba kerana masyrakat Melayu sebelum ditimpa malapetaka akibat kebakaran rumah dan saya saksikan sendiri,” katanya selepas walkabout dan makan rengahari brsama pengundi di simpang Linsum, Rantau tengahari tadi.

Malah katanya, hospital Rembau juga menerima nasinb yang sama dengan balai bomba di Rantau.

“Mereka kata bangunan siap (hospital Rembau) tapi adakah ia beroperasi dan bolehkah kita rujuk pesakit ke sana?

“Tak boleh kerana masih terpaksa rujuk ke Hospital Seremban dan ini yang saya cuba jelaskan,” katanya sambil menambah dua kemudahan itu sangat diperlukan masyarakar Rantau. – MalaysiaGazette