BEIJING – Seramai 30 orang anggota bomba meninggal dunia semasa memadamkan kebakaran hutan di barat daya China.

Anggota bomba memerangi api di pergunungan wilayah Sichuan pada hari Ahad ketika perubahan arah angin menyebabkan “bola api besar”, merebak,” menurut Kementerian Kecemasan.

Usaha menghubungi 30 anggota bomba gagal dan kesemuanya disahkan mati semalam.

Mayat-mayat mereka telah dibawa keluar dari kawasan pergunungan tersebut.

Kebakaran itu dilaporkan berlaku pada hari Sabtu dan kira-kira 700 anggota bomba dihantar untuk mengawal kebakaran di kawasan pedalaman di daerah Muli.

Satu lagi kebakaran berasingan berlaku di utara wilayah Shanxi berjaya dikawal pada hari Ahad selepas dua hari terbakar.

Setakat ini tiada kemalangan dilaporkan cuma sekurang-kurangnya 9,000 orang diarah meninggalkan kediaman masing-masing. – MalaysiaGazette