Gambar hiasan

NEW DELHI – Facebook telah memadam 712 akaun dan 390 halaman di India dan Pakistan kerana ‘tingkah laku yang tidak sah”.

Kebanyakannya berkaitan dengan parti Kongres, parti pembangkang di India sebelum pilihan raya dan lain-lain berkaitan dengan ketenteraan Pakistan.

Tekanan terhadap Facebook semakin meningkat di seluruh dunia untuk memastikan platform sosial media tidak disalahgunakan untuk tujuan politik atau menyebarkan maklumat tidak benar.

Tindakan terhadap akaun yang ada hubungan dengan Kongres, parti diketuai oleh keluarga Gandhi yang menguasai politik India untuk kebanyakan era pasca kemerdekaannya, menandakan langkah berani oleh Facebook.

Platform ini mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna di India, yang mana ia menjadi alat kempen politik utama dalam pilihan raya – latihan demokrasi terbesar di dunia – bermula 11 April.

Sementara itu, Perdana Menteri Narendra Modi dan pesaing-pesaingnya menggunakan akaun Facebook rasmi untuk menghantar mesej politik kepada jutaan pengikut.

Selain itu terdapat beribu-ribu halaman yang tidak disahkan turut berkongsi posting untuk menyokong atau mengkritik ahli politik.

Antara perkara paling penting yang telah dikeluarkan, Facebook berkata, ia telah mengeluarkan 549 akaun dan 138 halaman yang dikaitkan dengan Kongres India untuk “tingkah laku yang tidak diselaraskan”,

Kongres menerusi Twitter mereka berkata, tidak ada halaman rasmi atau yang dikendalikan mereka oleh sukarelawan telah dikeluaran.

Parti itu sedang menunggu respon dari Facebook untuk memberikan senarai semua halaman dan akaun yang dikeluarkan, katanya.

Juga dikeluarkan ialah 15 akaun yang berkaitan kepada syarkat teknologi maklumat India yang, antara lain, mengeluarkan posting Parti Bharatiya Janata (BJP) yang dipimpin Modi dan mendakwa salah laku parti lawan termasuk Kongres, kata Facebook.

Makmal Penyelidikan Forensik Digital di Atlantic Council, yang bekerjasama dengan Facebook untuk mengkaji semula, berkata, akaun yang dikaitkan dengan posting satira Kongres, sementara laman pro-BJP “membawa posting penentangan kuat terhadap pemimpin pembangkang”.

Di Pakistan, ia mengeluarkan 57 akaun, 24 halaman, tujuh kumpulan dan 15 akaun Instagram, juga untuk tingkah laku yang tidak wajar, sebagai sebahagian daripada rangkaian yang berasal dari sana dan dikaitkan dengan pekerja unit tentera Pakistan. – MalaysiaGazette