Equanimity
Kapal mewah Equanimity. foto HAZROL ZAINAL, 07 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan menjual kapal layar mewah Equanimity kepada Genting Malaysia Bhd. atau syarikat tujuan khas (SPV) pada harga AS$126 juta.

Harga akan membayar harga julan itu kepada mahkamah Admiralti Kuala Lumpur pada akhir 2019.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, nilai jualan tersebut merupakan jumlah pemulihan daripada skandal 1MDB tertinggi setakat ini untuk kerajaan Malaysia dalam jangka masa lapan  bulan daripada tarikh tindakan dimulakan.

Mahkamah Admiraliti Kula a Lumpur pada hari ini telah membenarkan kelulusan untuk menerima, tawaran untuk membeli Equanimity daripada Gneting atas terma terma da syarat syarat syerif.

“Jumlah AS$126 juta ini ialah tawaran terbaik yang diterima dalam tempoh lima bulan, semenjak 0otober 2018 apabila Equanimity mula diumumkan untuk jualan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Menjengah dalam kapal Equanimity

Menurut Tommy, banyak tawaran telah diterima dalam tempoh itu dan hanya sebebilangan kecil sahaja yang melebihi AS$100 juta

Bagaimanapun Genting telah menawarkan harga tertinggi yang telah diluluskan oleh mahkamah untuk diterima, tambah beliau.

Ujarnya, memandangkan tawaran Genting telah dirunding secara terus dengan kerajaan malaysia, tiada komisyen ejen yang perlu dibayar dan ini merupakan penjimatan sebanyak AS$4.4 juta

“Kesannya, miskipun nilaian harga pasaran Equanimity oleh Winterbotham sebanyak AS$130 juta tidak dicapai namun pulangan bersih kepada kerajaan Malaysia ialah yang sebaiknya, kalaupun tidak lebih baik daripada yang dijangkakan,” kata Tommy.

Peguan Negara berkata, jumlah kehakiman pada nilai AS126 juta adalah bersejarah dari mana-mana aspek.

“Jumlah ini merekodkan tanda aras yang tinggi bagi sistem kehakiman kita dalam hal memastikan nilai pasaran diperolehi daripada kapal yang dijual melalui proses mahkamah tanpa sebarang diskaun.

“Perkara ini harus dipuji lebih-lebih lagi memandangkan hasil ini dicapai daripada jualan kapal layar besar yang mewah dan sofisikated yang kumpulan pembelinya adalah terlalu kecil,” katanya.

Tommy yang menyifatkan harga jualan sangat memuaskan itu berkata, ia dicapai melalui kepakaran dan kemahiran kumpulan perundangan yang mewakili kerajaan Malaysia.

Tambah beliau, kumpulan perundangan tui telah bertindak melangkaui tuntutan tugas mereka, bergerak untuk bertemu pembeli berpotensi di Hong Kong dan London selain menanggung sendiri kos-kos perjalanan.

Sementara itu, Tommy mengucapkan penghargaan kepada  Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang telah bermuarah hati memberi ruang untuk Equanimity berlabuh selama lebih 5 bulan tanpa sebarang caj dikenakan selain Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memastikam keselamatan kapal tersebut semasa di bawah tahanan.

Malah, katanya kedua-dua pihak itu telah mengiringi Equanimity semasa membuat ‘sea trials’ bersama pembeli-pembeli berpotensi.

“Kerajaan Malaysia amat berterima kasih atas bantuan ini kerana ia telah banyak membantu dalam hal mengurangkan kos penyelenggaraan Equanimity semasa di bawah tahanan,” jelasnya.

Bagi tujuan ketelusan, Tommy berkata, satu kenyataan lanjut akan dikeluarkan sebaik sahaja harga jualan diterima beserta dengan perincian pernbelanjaan yang ditanggung selain jumlah bersih dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB yang akan dibuka kelak. – Malaysiagazette

https://malaysiagazette.com/blog/2018/12/13/equanimity-akan-dijual-tidak-kurang-daripada-rm543-juta/