Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Umum Pilihan Raya sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Felda Sendayan, Rantau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 02 APRIL 2019.

SEREMBAN – Masyarakat bukan Islam di Negeri Sembilan termasuk pengundi Rantau diminta supaya memahami pendirian Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam isu minuman arak di Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Aminuddin tidak berniat untuk menyakiti atau menggores hati mana-mana masyarkat atau hak pihak lain yang mengambil minuman beralkohol.

Tetapi, kata Presiden PKR itu, sebagai seorang pemimpin Islam beliau mengambil tindakan mengundur dari jawatan Preside SIGC atas prinsip Islam yang tidak boleh bersubahat dalam soal alkohol.

“Masyarakat bukan Melayu khususnya komuniti India di sini (termasuk Rantau) menganggap dia (Aminuddin) bersifat ekstremis dalam soal melarang jualan arak di kelab itu.

“Tangkis tanggapan sedemikian.. saya berharap kaum lain India dan Cina memahami kenapa dia mengambil keputusan itu.

“Jangan selepas ini jadikan ia sebagai isu waktu (kempen) ini,” katanya semasa berucap di Ceramah Umum di Tempat Letak Kereta Masjid Kariah Kg Felda Sendayan sempena kempen Pilihan Raya Kecil DUN Rantau di sini di hadapan lebih 500 warga Felda malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mempertahankan tindakan dan pendirian Aminuddin yang meletakkan jawatan sebagai Presiden Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) susulan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) SIGC memutuskan untuk menjual arak di kelab tersebut.

Turut hadir calon PH Streram dan Aminuddi Harun selain Datuk Abdullah Sani selaku Ahli Parlimen Kapar.

EGM SIGC yang berlangsung semalam menarik balik larangan penjualan minuman keras di kelab golf tersebut yang sebelum ini dilaksanakan berikutan cadangan Aminuddin.

Seramai 135 ahli berbayar kelab golf itu menghadiri mesyuarat tersebut dan menolak keputusan jawatankuasa pengurusan tidak menjual minum berkenaan yang dibuat dalam mesyuarat pada 20 Ogos tahun lalu.

Aminuddin telah menolak penjualan arak di SIGC dan memberi kata dua akan melepaskan jawatan presiden sekiranya EGM berkenaan memutuskan untuk menjual semula arak di kelab tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam negeri menjelaskan larangan itu bagi menjaga sensitiviti kerana kelab golf itu terletak berhampiran masjid dan kawasan perumahan majoriti umat Islam.

Anwar menambah, beliau bertanggungjwab untuk menjelaskan perkara sebenar  bagi memastikan bukan Islam memahami perkara sebenar memandangkan isu itu dibesarkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.

“Bukan Islam yang minum arak adalah hak mereka dan kita tidak berhak untuk menghalang atau menyekat daripada minum.

“Tetapi bagi dia (Aminuddin), ia bertentangan dengan prinsip dirinya sebagai seorang Islam.itu sahaja..tapi bagi Mat Hasan (Mohamad Hasan) tak peduli sebab dia bekerjasama dengan Pas.

“Kamu mempunyai kelab dan mahu minum arak itu adalah hal kamu tetapi sebagai umar Islam biar saya mempunyai kebebasan sendiri.

“Apabila saya prnah jadi pengerusi tidak ada apa apa..kami tidak sekat dan halang kamu daripada minum arak.. cuma dia (Aminuddin) tidak mahu bersubahat kerana itulah prinsip Islam,” ujarnya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkongsi pengalaman berdepan satu keadaan semasa menjadi Presiden UNESCO di Paris.

‘Ketika itu semua minum wain tetapi saya tidak, dan juga tidak menghidangkannya apabila menemani mereka tetapi masih sempat menang sebagai Presiden UNESCO, diundi pemimpin serata dunia.

“Saya berharap ini akan memahamkan anda semua dan tidak lagi dijadikan bahan dan dibesarkan lagi isu itu,” tegasnya sambil meminta warga Felda Sendayan mengundi doktor bius iaitu Streram nombor 4 di atas kertas undi pada 13 April ini. – MalaysiaGazette