KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad naik 3.3 peratus pada awal dagangan hari ini selepas Mahkamah Dubai memihak kepada anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Dalam keputusan pada 23 Mac lalu, Oil Products memenangi tuntutan sebanyak AS$11.7 juta terhadap Safitex General Trading LLC bagi baki pembayaran yang belum dilunaskan.

Safitex yang beroperasi di Emiriah Arab Bersatu telah menandatangani kontrak dengan Delima Oil untuk membeli minyak sawit dan marjerin ditapis.

Delima Oil terlebih dahulu memperoleh jumlah yang sama pada bulan Mac 2018 bagi pembayaran tertunggak yang terhutang oleh Safitex General Trading LLC, yang telah menandatangani kontrak dengan Delima Oil untuk membeli minyak kelapa sawit dan marjerin yang ditapis.

Dalam notis kepada FGV pada 1 April, FGV memaklumkan Safitex diarah membayar sebanyak AS$11.7 juta kepada Delima Oil dengan kadar faedah 9 peratus setahun daripada tarikh penghakiman sehingga bayaran selesai dibuat. – MalaysiaGazette

Pada 11.04 pagi, FGV naik 4 sen kepada RM1.26 dengan 17.3 juta saham didagangkan. – MalaysiaGazette