TERKINI : Tujuh Pertuduhan Untuk Datuk Seri Najib

Sejurus selepas tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 15 April sehingga 10 Mei ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat terus meninggalkan kamar perbicaraan pada pukul 5.30 petang diiringi anak beliau Norashman dan penyokong penyokongnya yang menunggu di lobi Kompleks Mahkamah Tinggi sejak bermula perbicaraan pukul 2.15 petang.

Proses perbicaraan Datuk Seri Najib melibatkan 7 pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta menyaksikan saksi pertama daripada 63 saksi dikemukakan oleh peguam pendakwaraya diketuai Tommy Thomas.