Nga Kor Ming.
Nga Kor Ming.

KUALA LUMPUR – Sesemua ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam kalangan kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang telah mengumumkan peletakan jawatan baru-baru ini masih belum menyerahkan surat rasmi.

Mengesahkan perkara tersebut, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati PAC.

“Mereka yang meletakkan jawatan (dalam PAC dari kalangan pembangkang) sebenarnya kita rasa ia tidak menghormati jawatankuasa itu

“Sebab mereka tidak hantar surat rasmi peletakan jawaran, ia hanya (peletakan jawatan) menerusi sidang media, ia sama sekali tidak dapat diterima,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini peletakan jawatan kesemua ahli jawatankuasa yang baru-baru ini mengumumkan meletakkan jawatan mereka.

Peletakan jawatan itu diambil susulan tindakan mengekalkan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi walaupun telah menyertai kerajaan selepas menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – MalaysiaGazette