Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir pada sidang media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Bilik Gerakan Utama Barisan Nasional, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 04 APRIL 2019.

PRK RANTAU – Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sekiranya terserempak dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turun berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, beliau akan bertemu dengannya.

Menurut calon Barisan Nasional (BN) itu, beliau bersedia untuk berjumpa dengan Dr Mahathir sekiranya jadual kempennya tidak bercanggah dengan majlis daripada pihak Dr Mahathir.

“Tengok kalau terjumpa saya jumpa (dengan Tun Dr Mahathir Mohamad) apa salahnya.

“Saya tak bermusuh dengan sesiapa, kira masa kempen cara sihat, saya pernah kerja dengan dia.

“Kalau saya boleh jumpa makcik- makcik, saya boleh jumpa pakcik-pakcik, tak akan Dr Mahathir datang saya terjumpa.

“Takkan saya tak nak jumpa, tapi kalau dia di Sendayan saya di Mambau macam mana nak jumpa,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama (BGU) BN.

Setakat ini hanya Presiden PRK, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turun ke Rantau setakat ini.

Dr Mahathir setakat ini telah turun di tiga PRK iaitu di Port Dickson, Cameron Highlands dan Semenyih. -MalaysiaGazette