KUALA LUMPUR – Walaupun kerajaan sudah membatalkan ratifikasi Statut Rom hari ini namun Peguam Negara perlu dipecat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam berkata, Tommy Thomas didakwanya telah menipu dan mengkhianati Yang Dipertuan Agong.
“Walaupun kerajaan buat u-turn umum Malaysia batal ratifikasi Statut Rom, Tommy tetap perlu dipecat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Ia sebagai respon awal Lokman terhadap kenyataan Perdana Menteri, Dr Tun Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat, sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan Statut itu membahayakan negara.
Beliau berkata Malaysia, yang menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada 4 Mac dan menyerahkan surat cara berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari yang sama, boleh menarik balik surat cara itu sebelum Jun tahun ini.
Keputusan untuk menarik diri daripada Statut itu dicapai secara bersama dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini, kata Mahathir pada sidang media di sini hari ini.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/05/kerajaan-putus-gugur-ratifikasi-statut-rom/