Donald Trump. foto Reuters

WASHINGTON- Amerika Syarikat (AS) akan mengisytiharkan Iran Revolutionary Guard (IRG) sebagai salah satu kumpulan pengganas.

Ia satu langkah tidak pernah dilakukan sebelum ini sekali gus meningkatkan tekanan kepada pasukan ketenteraan elit.

Menurut sumber kepada Wall Street Journal, pentadbiran Presiden Donald Trump bakal mengumumkan keputusan itu Isnin ini. Ini menyebabkan kebimbangan kepada pegawai-pegawai pertahanan AS kerana pengumuman tersebut bakal memberi kesan berat kepada mereka.

Islamic Revolutionary Guards Corp dibentuk selepas revolusi Islam 1979 dengan misi untuk mempertahankan rezim perkeranian, berbanding dengan unit tentera yang lebih tradisional yang melindungi sempadan.

IRG berjaya mengukuhkan kuasa mereka di Iran termasuk dalam bidang ekonomi. Pentadbiran Trump telah mengenakan sekatan ke atas Iran setelah menarik balik tahun lepas dari perjanjian antarabangsa di mana Tehran secara drastik menghentikan program nuklearnya.

Pengisytiharan pengganas asing akan menyebabkan sebarang aktiviti kumpulan tersebut termasuk urusniaga dengan institusi atau individu AS akan dikenakan hukuman.

Wall Street Journal mengatakan bahawa Pentagon dan CIA sudah menjangkakan langkah itu akan meningkatkan risiko kepada pasukan tentera Amerika Syarikat.- MalaysiaGazette