Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) mendengar yang diperkatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Sesi Town Hall Politik Malaysia Baharu di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak gentar sebaliknya mengalu-alukan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengubah had umur pengundi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin generasi muda sekarang akan berpihak kepada BN berdasarkan prestasi PH selama 11 bulan ini.

“Kita alu-alukan pengundi 18 tahun mengundi. Kita alu-alukan anak muda akan bersama kita, penglibatan anak muda penting.

“Inilah penting anak muda akan mengorak arus membuat perubahan. Rakyat bangun bukan untuk peperangan tapi perubahan,” katanya semasa Sesi Town Hall Politik Malaysia Baharu di PTWC hari ini .

Perlembagaan Persekutuan menetapkan umur 21 tahun sebagai had kelayakan mengundi

Untuk rekod, usul pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun sebelum ini akan dibawa ke sesi Parlimen akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pada sesi Parlimen akan datang kementerian beliau sendiri akan membentangkan usul berkenaan untuk dibahaskan.-MalaysiaGazette