Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Pendeposit Tabung Haji (TH) disaran untuk menuntut hibah yang lebih tinggi daripada kadar yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, mereka berhak menerima lebih daripada 1.25 peratus seperti yang sering diberikan kerajaan sebelum ini.

“Pendeposit tidak boleh tak tuntut mesti tuntut yang lebih tinggi lagi. Macam mana (nak tuntut) fikirlah,” katanya pada Sesi Town Hall Politik Malaysia Baharu hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengumumkan hibah 1.25 peratus kepada pendeposit TH.

Ia melibatkan agihan RM913 juta kepada 9.3 juta pendepositnya.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan menambah, semenjak Pakatan Harapan (PH) memerintah terlalu banyak berita buruk melanda negara.

Ini termasuklah keputusan Tabung Amanah negara Norway untuk tidak lagi melabur di dalam bon dan sukuk Malaysia lagi yang merupakan pelabur besar.

Jelas beliau, keputusan itu diakibatkan keyakinan yang hilang terhadap Malaysia sejak kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Tabung Amanah Negara Norway tidak mahu melabur di Malaysia.

“Kenapa? Hilang keyakinan dengan Malaysia. Banyak berita buruk, hari-hari ada,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. buat demontrasi lah. minta 10% . kalau Najib merintah dia boleh bayar lebih dari itu. tipu sunat. pahala dapat duit pun dapat

Comments are closed.