Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing meningkatkan mod jualan lebih tinggi pada minggu lalu dengan melupuskan sebanyak RM416.7 juta ekuiti tempatan minggu lalu.

Ia merupakan kali keempat pelabur asing melupuskan ekuiti tempatan melebihi RM400 juta pada tahun ini.

MIDF Research berkata, bursa memulakan suku kedua dengan pengeluaran dana asing sebanyak RM254.1 juta pada hari Isnin, tertinggi dalam 15 hari dagangan.

Kemerosotan dalam saham perbankan melebihi tanda-tanda penstabilan yang ditunjukkan oleh aktiviti pengilangan di Malaysia China pada Mac 2019, menghalang sentimen.

Ia diikuti dengan penurunan Bursa Malaysia sebanyak 0.9% kepada 1,628.7 mata, tahap yang tidak dilihat sejak itu
akhir Disember 2016.

Firma penyelidikan itu berkata, paras jualan bersih asing merosot kepada RM37 juta pada hari berikutanya disokong oleh jangkaan peningkatan indeks pembuatan di Amerika Syarikat sebanyak 1.1 peratusan mata kepada 55.3 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Namun, Malaysia menjadi satu-satunya pasaran yang menyaksikan aliran keluar asing dalam jalangan tujuh pasaran Asia yang dipantau.

Katanya, pelabur luar pesisir kembali pada hari Rabu dan Khamis, masing-masing merekodkan belian sebanyak RM1.4 juta dan RM8.8 juta, susulan laporan China dan Amerika Syarikat sudah menangani kebanyakan isu perdagangan.

Di Malaysia pula, Genting merekodkan kenaikan selepas merancang untuk membeli kapal mewah Equanimity, turut menyokong FBM KLCI yang naik 12 mata selama dua hari.

MIDF Reearch menambah, mod kembali muram pada hari Jumaat apabila pelabur asing membawa keluar RM124.8 juta.

Setakat ini, pelabur asing telah menjual sebanyak RM1.76 bilion ekuiti tempatan.

Dalam kalangan empat negara ASEAN yang dipantau, Malaysia telah mengambil tempat Thailand yang paling tinggi aliran keluar asing.

Tetapi, kumulatif aliran keluar bersih dari Januari 2018, angka masih rendah berbanding Thailand AS$5.0 bilion. – MalaysiaGazette