Seorang peserta yang membawa poster yang tertera " Justice For Adib" pada Himpunan Justice 4Adib di Dataran Seni, Klang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Keputusan inkues kematian anggota bomba, allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim perlu jelas dan menamatkan sebarang persepsi negatif pihak tertentu yang disalahertikan.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy berkata, bukan sahaja rakyat malah lebih mustahak keluarga Muhammad Adib perlu mengetahui kebenaran terhadap apa yang berlaku semasa rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada tahun yang lalu.

“Setakat ini, harapan adalah kebenaran, apa yang sebenar berlaku dan kenapa isu ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Ahli keluarga dan rakyat harus tahu kebenaran dan jelas,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Inkues yang ditubuhkan demi menentukan punca kematian Adub bermula sejak 11 Febuari yang lalu dijangka bakal memanggil 30 saksi.

Terkini seramai 29 saksi telah memberi keterangan kepada Mahkamah Koroner.

Prosiding inkues ini dijalankan mengikut Seksyen 339(1) Kanun Acara Jenayah.

Antara yang telah memberi keterangan adalah saksi daripada pihak Jabatan Kimia Malaysia, doktor pakar di Institut Jantung Negara (IJN) dan petugas yang terlibat dalam merawat Adib termasuklah pakar forensik yang menjalankan pembedahan siasat terhadapnya.-MalaysiaGazette