Eden Hazard. Foto goal.com.
Eden Hazard. Foto goal.com.
LONDON – Chelsea dilaporkan mendapat tawaran £100 juta
buat Eden Hazard namun pengurus Maurizio Sarri menyifatkan jumlah itu terlalu rendah.
Goal.com melaporkan kelab itu tidak menolak kemungkinan pemain Belgium akan tetap berhijran pada musim panas ini.
Namun perpindahan itu perlu setimpal dengan nilai yang ditawarkan.
Hazard yang dilabel sebagai pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris kini menjadi buruan kelab terkemuka Sepanyol, Real Madrid.
Difahamkan, Los Blancos itu sedia menawarkan kontrak perpindahan bernilai £100 juta.

“Itu terlalu murah,” kata Sarri kepada media selepas perlawanan menentang West Ham di Stamford Bridge menerusi kemenangan 2-0. – MalaysiaGazette