TERKINI : MAJLIS RAJA-RAJA! “Kerajaan PH Cuba Hasut Rakyat!” – Annuar Musa

RANTAU – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan bahawa Majlis Raja-raja ada memanggil Peguam Negara, Tommy Thomas, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan empat orang ahli akademik berhubung Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurut Setiausaha Agung UMNO itu, ia bagi menjelaskan apakah tujuan kerajaan dalam menandatangani dokumen berkenan.

Mengulas lanjut, Annuar berkata dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat percubaan untuk melibatkan raja-raja menentang kerajaan juga tidak benar.