KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd muncul antara kaunter paling aktif di Bursa Malaysia dengan 45 juta saham bertukar tangan pada 10.45 pagi.
Ia menokok empat sen kepada RM1.30 sementara menanti pembentangan Kertas Putih Felda oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Parlimen.

Azmin dilaporkan berkata, Kertas Putih itu bukan sahaja mendedahkan keadaan sebenar Felda, malah usaha untuk memulihkan dan memperkukuh kedudukan kewangannya.

Menurut laporan media, Felda akan mendapatkan pendanaan RM6 bilion daripada kerajaan bagi pelan pemulihannya.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan perlu menyokong Felda berikutan kerugian besar yang dialami akibat kerajaan sebelum ini.

Saham FGV dibuka pada RM1.27. – MalaysiaGazette