Streram
Dr. S. Streram. foto HAZROL ZAINAL, 10 APRIL 2019.

RANTAU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Steram berkata beliau menyayangi komuniti Melayu di Rantau dan akan terus memastikan tiada pihak yang menyentuh atau mempersoalkan hak istimewa mereka, seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pakar bius itu yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menafikan dan membidas kritikan dan tanggapan buruk sesetengah pihak yang cuba menanam ketakutan dalam kalangan pengundi Melayu di kawasan itu.

“Mesej saya kepada komuniti Melayu ialah saya sangat sayang terhadap mereka dan mereka keluarga besar saya di Rantau selain sebahagian keluar gergasi PH mempromosikan kepelbagaian kaum.

“Tetapi kerana UMNO dan Pas yang cuba menakutkan mereka kononnya kedudukan mereka terancam jika saya mewakili mereka, itu tidak benar dan mengarut.

“Hak Melayu dan komuniti terbesar negara dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada sesiapapun boleh mempersoalkan baik mencabar hak itu,” katanya kepada pemberita semasa berkempen di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah oetang tadi.

Ujar Streram, beliau secara peribadi akan mempertahankan dan melindungi hak komuniti kaum itu.

“Jika sesiapa persoalkan mengenai hak keistimewaan mereka saya akan menjawab kepada pengkritik tindakan mereka adalah tidak wajar,” katanya. – MalaysiaGazette