TERKINI : You Kena Faham! Saya Bukan Hakim atau Juri – Pengerusi SPR

“Habis itu.. saya bukan hakim, saya bukan juri..saya pun tidak ada kuasa siasatan, kamu kena faham benda itu”.

Itu reaksi Azhar Azizan Harun seolah tidak puas hati dengan soalan setelah diasak pemberita mengenai ceramah kempen melibatkan Setiausaha Agung DAP yang mengumumkan rakyat Negeri Sembilan akan menerima jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan diminta menyokong PH sekiranya mahu berita lebih gembira itu pada Jumaat lalu.