Lebah jenis Halictidae

TAIPEI – Empat ekor lebah jenis Halictidae ditemui masih hidup di dalam mata seorang wanita Taiwan.

Wanita berusia 28 tahun, yang dikenal pasti hanya sebagai He percaya lebah-lebah itu memasuki matanya ketika dia mengeluarkan rumput di kawasan perkuburan.

Apabila angin bertiup, dia beranggapan habuk telah memasuki matanya, kata He kepada wartawan.

Tetapi, beberapa jam kemudiannya matanya bengkak dan sakit, mendorongnya mendapatkan rawatan.

“Dia tidak dapat menutup matanya, saya melihat ke dalam mata dengan mikroskop dan melihat sesuatu yang hitam kelihatan seperti kaki serangga.

“Saya meraih kaki dan perlahan-lahan mengambil satu per satu. Semuanya masih hidup,” kata Dr Hong, Profesor Oftalmologi di hospital kepada BBC.

Dr Hong Chi Ting dari Hospital Universiti Fooyin memberitahu beliau terkejut apabila menarik keluar serangga 4mm keluar daripada kaki lebah tersebut.

Lebah itu dikatakan mudah tertarik dengan peluh dan kadang-kadang mendarat pada individu yang berpeluh.

Serangga itu juga minum air mata untuk kandungan protein tinggi, menurut kajian oleh Kansas Entomological Society.

He sudah dibenarkan keluar hospital dan dijangka sembuh sepenuhnya.- MalaysiaGazette