Rakyat disaran menggunakan minyak sawit dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian sebagai sokongan membantu kerajaan meningkatkan harga komoditi tersebut, kata Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Shamsul Iskandar Mohd Akin.

KUALA LUMPUR – Selepas pembongkaran terbesar kertas putih penyelewengan Felda semalam – PKR yakin peneroka sudah boleh menilai mereka sebenarnya ‘dikhianati’ Barisan Nasional (BN).

Ua termasuk warga Felda khususnya di Dewan Undangan Negeri Rantau, Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, sebelum itu masalah peneroka Felda di Sendayan juga tidak berkesudahan semasa pemerintahan BN.

“Masalah ini merupakan satu masalah runcing yang telah berlarutan sekian lama namun gagal diselesaikan secara menyeluruh oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

“PKR berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk meletakkan titik noktah kepada kesengsaraan peneroka-peneroka yang terlibat dan percaya pengundi-pengundi warga Felda di DUN Rantau mahukan angin perubahan baru di DUN Rantau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau seterus mahu pimpinan PKR dan PH berikrar melaksanakan usaha kertas putih mengenai Felda yang dibentangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat semalam.

“PKR ingin menyatakan sokongan dan keyakinan penuh kepada enam agenda pemerkasaan peneroka dan generasi baharu Felda di dalam model baharu Felda yang telah digariskan oleh beliau (Mohamed Azmin).

“Model baharu Felda ini akan memberi fokus kepada usaha pemulihan Felda sebagai wahana untuk mengangkat darjat peneroka melalui pembasmian kemiskinan, memperbaiki kesenjangan ekonomi bandar dan desa serta memacu industri perladangan, pertanian dan makanan negara,” katanya.- MalaysiaGazette