Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad

KUALA LUMPUR-  Tarikh perbicaraan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang didakwa melakukan satu kesalahan pecah amanah dan sembilan kes suapan bernilai RM3.09 juta berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak akan bermula 7 Oktober ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan perbicaraan akan dilakukan selama 13 hari selepas Timbalan Pendakwaraya, Allan Suman Pillai memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan akan memanggil 30 orang saksi.

Menurut Mohd. Nazlan, mahkamah menetapkan 7 Oktober sehingga 9 Oktober dan 14 Oktober sehingga 25 Oktober sebagai tarikh perbicaraan.

Manakala 13 Mei ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes.

Isa sebelum itu dibacakan dengan 10 pertuduhan di hadapan hakim.

Beliau kemudiannya meminta supaya kesemua pertuduhan tersebut dibicarakan.-MalaysiaGazette