Walaupun Timbalan Menteri Kewangan memberitahu di Dewan Rakyat bahawa tiada pembelian berlian merah jam oleh seorang isteri VVIP, namun Rafizi Ramli terus mempertahankan dakwaan yang dibuat sebelum ini.

Rafizi berkata, biarpun pembelian berlian itu tidak didaftarkan di atas nama isteri bekas perdana menteri, namun ia tidak menidakkan wujud belian 22 karat yang disiasat mengunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).