Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tindakan menghina Yang di-Pertuan Agong oleh pemilik akaun Facebook Sabah-Sarawak Merdeka adalah perbuatan melampau yang tidak melambangkan tatasusila rakyat Malaysia serta bercanggah dengan prinsip Ruku Negara.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbuatan mengubah gambar Yang di-Pertuan Agong itu adalah perbuatan menghina Raja, melanggar undang-undang negara.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya menyiasat kes ini dengan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membawa pelaku jenayah ini ke muka pengadilan,” tegasnya.

Muhyiddin berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara dengan niat untuk mencetuskan keadaan yang tidak harmoni dalam masyarakat. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/12/mcmc-siasat-pihak-hina-yang-di-pertuan-agong/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. jgn buat statement je dlm media…. SIBUKNYA NDAKAN LA MEMENTERI KDN..!!!

Comments are closed.