Uber

NEW YORK- Uber Technologies Inc memiliki 91 juta pengguna tetapi pertumbuhannya semakin perlahan dan mungkin tidak akan mencatatkan keuntungan, kata syarikat ride-hailing itu di dalam kenyataan Tawaran Awam Permulaannya (IPO) pada Khamis.

Dokumen tersebut memberikan gambaran komprehensif kedudukan kewangan syarikat berusia 10 tahun itu yang bermula apabila pengasasnya sukar mendapatkan teksi pada suatu malam ketika salji sedang turun yang seterusnya telah mengubah landskap sistem pengangkutan global.

Kenyataan S-1 itu menunjukkan pertumbuhan pantas Uber dalam tempoh tiga tahun lalu bagaimanapun skandal-skandal yang didedahkan kepada umum serta persaingan yang semakin sengit telah menjejaskan perancangannya untuk menarik dan mengekalkan pemandu.

Syarikat tersebut turut memberi amaran perbelanjaan operasi akan meningkat secara signifikan dalam masa terdekat dan mungkin tidak mampu mencatatkan keuntungan.- MalaysiaGazette