Pemain-pemain Nantes meraikan kemenangan selepas wisel penamat ditiup pengadil

PARIS – Nantes memusnahkan harapan Olympique Lyonnais untuk memburu slot ke Liga Juara-Juara musim depan selepas menenawaskan pasukan itu 2-1 dalam saingan Ligue 1, yang berlangsung awal pagi tadi.

Lyonnais yang kini menduduki tangga ketiga, tercicir mata apabila sepakan percuma Anthony Limbombe pada minit ke-83 menerjah jaring untuk menggandakan gol jaringan Kalifa Coulibaly yang menyumbat gol pendahuluan minit ke-11.

Lyon kini mengumpul 56 mata dengan baki enam perlawanan berkelebihan enam mata di depan pasukan tangga keempat St Etienne.

Ia merupakan kekalahan kali keempat Lyon dalam semua kejohanan sejak tersingkir daripada separuh akhir Piala Perancis di tangan Rennes, disusuli kekalahan mengejut kepada lawan lebih rendah, Dijon minggu lalu.

Kekalahan itu turut menimbulkan persoalan mengenai masa depan jurulatihnya, Bruno Genesio, yang menyaksikan kelab berkenaan sedang memikirkan kontraknya sama ada dilanjutkan atau sebaliknya.

Berikut keputusan Liga Perancis yang berakhir pagi tadi:-

Dijon 0 – 0 Amiens

Nantes 2 – 1 Olympique Lyonnais

– MalaysiaGazette