KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian pada hari ini di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Pada pertemuan itu, Osman menyembah maklum mengenai peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Johor.
Pertemuan itu turut disertai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.
Pada 9 April lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan Osman.
Namun, Perdana Menteri tidak mendedahkan peletakan jawatan Osman.
Baru-baru ini, Dr Mahathir memberitahu, beliau akan mengambil sedikit masa untuk mengumumkan calon pengganti Osman.
Namun, mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH), Menteri Besar Johor hendaklah terdiri daripada wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia. – MalaysiaGazette