Miguel Almiron mengucapkan tahniah kepada Ayoze Perez selepas berjaya menyumbatkan gol sulong untuk Newcastle United dalam perlawanan menentang Leicester awal pagi tadi.

LONDON – Newcastle United selamat daripada disingkirkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila pemainnya Ayoze Perez berjaya menyumbatkan gol tunggal pasukan itu ketika perlawanan menentang Leicester, di Stadium King Power, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Rafael Benitez memperoleh kemenangan 1-0 membolehkan mereka memiliki 10 mata dan bebas daripada zon penyingkiran.

Newcastle sebelum ini mengalami empat kekalahan di tempat lawan sejak Disember menyebabkan mereka menghampiri zon penyingkiran itu.

Begitupun, Newcastle perlu terus mengekalkan kemenangan pada baki perlawanan selepas Benitez bergelut menambah kekuatan pasukan susulan berdepan kekangan bajet yang tidak diluluskan oleh pemilik kelab, Mike Ashley.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris yang berakhir pagi tadi:-

Leicester City 0 – 1 Newcastle United

  • MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here