TERKINI : KALAU BETUL BUAT! Tolonglah Pergi Buat Laporan Polis – Pengerusi SPR

RANTAU – Suruhanjaya Pilihan Raya yang kecewa dengan sikap calon bertanding yang dikesan masih berkempen meminta mereka menghentikan perbuatan tidak beretika itu.

Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata, pihak mana yang mendapati calon merayu undi atau masih berkempen supaya membuat laporan polis untuk tindakan segera.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon Pakatan Harapan Dr. S. Streram yang dikesan merayu undi semasa bercakap kepada pemberita.