BENGALURU – Facebook Inc membelanjakan lebih dua kali ganda wang untuk menjaga keselamatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg pada 2018.

Menurut kenyataan kepada bursa, Facebook membelanjakan AS$22.6 juta “ganti rugi lain” kepada Zuckerberg yang mana kebanyakannya adalah untuk kawalan keselamatan.

Zuckerberg hanya menerima gaji AS$1 sejak tiga tahun lalu tetapi menerima bayaran ganti rugi lain.

Menurut kenyataan tersebut, hampir AS$20 juta digunakan untuk keselamatan Zuckerberg dan keluarganya, meningkat kira-kira AS$9 juta berbanding tahun sebelumnya.

Zuckerberg juga menerima AS$2.6 juta untuk kegunaan jet peribadi yang mana menurut syarikat itu adalah sebahagian daripada program keselamatannya.- Agensi