TERKINI : Guna Rahmatal Lil Alamin Tipu Orang Melayu Islam – Sallehen Mukhyi

294
1

PETALING JAYA – Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) didakwa menyalahgunakan konsep Rahmatal Lil Alamin semata-mata untuk memperdayakan orang Melayu Islam bagi menyertai parti itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi mendakwa, konsep yang diambil daripada al-Quran itu digunakan pemimpin PAN sebagai taktik untuk memujuk orang Melayu lebih mempercayai mereka berbanding Pas.

“PAN guna Rahmatal Lil Alamin supaya orang Melayu ini (hati) jadi lunak, jangan main-main, ini ayat al-Quran, padahal bagi saya Rahmatal Lil Alamin tidak lebih untuk menipu orang Melayu supaya mereka tertarik dengan PAN.

“PAN itu sendiri sebenarnya sebagaimana dia selalu sebut dulu kepada Pas, hari ini terkena kepada dia bahawa dia sendiri menjadi kuda tunggangan kepada DAP,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Deklarasi Selangor anjuran Gerakan Bangsa Nasional (GBN), di sini, hari ini.

1 Komen

  1. pandangan orang islam pas kepada orang islam lain yang tidak sealiran dengannya. padahal dia sendiri memperalatkan islam untok kepentingan diri sendiri. dia tuduh orang diperalatkan oleh dap. sebelum mengadili orang lain . adililah diri sendiri. dahulu

Comments are closed.