TERKINI : Kemenangan Yang Tidak Disangka – Tok Mad

Timbalan Presiden UMNO yang juga penyandang kerusi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah sesuatu yang di luar jangka.

Malah beliau turut menyifatkan kejayaan yang amat selesa buatnya selepas 14 hari berkempen.

“Ada orang Melayu yang tak berapa banyak majoritinya kerana di tempat lain orang boleh kata BN boleh mudah menang kerana banyakkan pengundi Melayu, tetapi di sini cuma kira-kira 53 peratus pengundi Melayu dan yang lain-lain pengundi India dan Cina,” katanya dalam sidang media selepas diumumkan sebagai pemenang PRK DUN Rantau sebentar tadi.