Julian Assange
Gelagat Julian Assange ketika ditahan di Kedutaan Ecuador. foto Agensi

LONDON – Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berulang kali melanggar peraturan suakanya dan cuba menggunakan kedutaan Ecuador di Loindon sebagai pusat pengintipan, kata Presiden Ecuador, Lenin Moreno kepada akhbar, Guardian.

Polis London mengheret Assange keluar dari kedutaan itu pada Khamis lalu setelah suaka selama tujuh tahun yang diberikan kepadanya ditarik balik, sekaligus membuka laluan untuk mengekstradisi beliau ke Amerika Syarikat (AS) yang mengalami kebocoran maklumat rahsia paling besar.

Hubungan Assange dengan pihak yang melindunginya retak selepas Ecuador mendakwa beliau membocorkan maklumat mengenai kehidupan Moreno.

Presiden Ecuador itu menafikannya kepada Guardian bahawa tindakan beliau merupakan tindak balas daripada kebocoran dokumen mengenai keluarganya.

Moreno berkata, beliau kesal Assange telah menggunakan kedutaan itu untuk campur tangan dalam demokrasi negara lain.

“Sebarang cubaan untuk mengkucar-kacirkan adalah tindakan tercela kepada Equador kerana kami adalah negara yang berdaulat dan menghormati politik negara lain,” kata Moreno kepada Guardian menerusi e-mel.

“Kami tidak boleh membenarkan rumah kami, rumah yang pintu terbuka untuk menjadi pusat untuk perisik,” kata Moreno seperti dipetik Guardian.

Penyokong Assange berkata, Ecuador telah mengkhianati beliau atas arahan Washington, dengan menamatkan suakanya sebagai melanggar undang-undang dan ini menandakan saat gelap untuk kebebasan media. – Agensi