Penunjuk perasaan Palestin melarikan diri selepsa tentera Israel melepaskan tembakan dan gas pemedih mata. foto Agensi

LONDON – Sepucuk surat yang ditulis bekas ahli politik Eropah mengutuk dasar berat sebelah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap konflik Israel-Palestin.

Surat yang ditandatangani dua bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), enam belas Perdana Menteri dan 25 bekas Menteri menggesa Eropah menolak sebarangan rancangan damai jika ia tidak adil kepada Palestin.

“Sudah tiba masanya Eropah berpegang kepada lingkungan prinsipnya untuk keamanan Israel-Palestin,” menurut surat yang dihantar ke Kesatuan Eropah, kerajaan-kerajaan Eropah dan akhbar The Guardian yang menggesa penyelesaian dua negara yang sedang berkonflik itu.

“Eropah sepatutnya menolak sebarang rancangan yang tidak mewujudkan sebuah negara Palestin di samping Israel dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara kedua-dua buah negara,” menurut surat itu seperti dipetik akhbar tersebut.

“Malangnya, pentadbiran AS kini telah meninggalkan dasar yang berpanjangan,” kata surat itu sambil mengkritik pengiktirafan ‘tuntutan sebelah pihak terhadap Baitulmaqdis’ oleh Trump.

Surat itu berkata, AS juga ‘menunjukkan perbezaan yang membimbangkan kepada pembesaran pencerobohan Israel di Tebing Barat dan mengurangkan bantuan bernilai beratus-ratus juta dolar kepada Palestin, ‘memperjudikan keselamatan dan kestabilan pelbagai negara terletak berhampiran Eropah’.

Bekas Perdana Menteri Perancis, Jean Marc Ayrault; Sweden, Carl Bildt; Poland, Wlodzimierz Cimoszewicz; Itali, Massimo D’Alema; Belgium, Guy Verhofstadt dan Romania, Dacian Ciolos merupakan antara individu yang menandatangani surat tersebut.

Bekas Setiausaha Agung NATO, Willy Claes dan Javier Solana; bekas Presiden Ireland, Mary Robinson serta bekas Setiausaha Luar United Kingdom, David Miliband dan Jack Straw turut menandatangani surat itu.

“Kami yakin bahawa satu rancangan untuk mengurangkan negara Palestin kepada kedaulatan tanpa entiti, hubungan wilayah dan kelangsungan ekonomi yang menyebabkan kegagalan usaha damai sebelum ini, mempercepatkan kemusnahan pilihan dua negara dan merosakkan perdamaian antara Israel dan Palestin,” kata surat itu.

Jika itu mungkin dilakukan, “Eropah perlu menentukan hala tujunya,” gesa surat itu. – Agensi