Pertemuan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tun Daim Zainudin di Wisma Darul Iman semalam. - foto Facebook Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkongsi gambar-gambar kunjungan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin ke Wisma Darul Iman semalam.

Dalam hantaran di laman Facebook, Abdul Hadi berkata, banyak kisah dan cerita yang dikongsikan bersama dalam suasana penuh kemesraan.

“Semoga Tun sentiasa diberikan kesihatan dan dirahmati oleh Allah,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

hadi
Suasana pertemuan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tun Daim Zainuddin di Wisma Darul Iman semalam

Daim semalam berkunjung ke Terengganu bagi menghadiri program Bicara Darul Iman bertajuk Ekonomi Bumiputera:Agenda Nasional.

Menerusi forum tersebut Daim turut menjelaskan tentang projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menurut beliau tidak akan meminggirkan Terengganu malah sebanyak enam stesen akan dibina di negeri itu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan