Ong Kian Ming
Ong Kian Ming

CYBERJAYA – Kerajaan belum memutuskan sama ada akan memperkenalkan sistem End of Life Vehicle (ELV) atau Usia Lupus Kenderaan dalam Dasar Automotif Nasional (NAP).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming berkata, perkara itu masih dibincangkan di antara menteri-menteri yang berkaitan.

“Kita masih bincang dengan kementerian yang berkaitan. Jadi saya rasa ada polisi yang perlu dilihat secara berhati-hati sebab ada kesan setiap orang dalam hal lain, dalam industri yang berbeza-beza.

“Selagi ada pengguna yang berbeza-beza. Jadi kta akan teruskan perbincangan dengan kementerian yang relevan termasuk Kementerian Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook),” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau ditanya tentang kenyataan terbaharu Anthony selaku Menteri Pengangkutan yang menegaskan bahawa kerajaan tidak ada perancangan untuk memperkenalkan sistem ELV bagi menghalang kenderaan uzur digunakan di atas jalanraya.

Justeru tanda tanya tercetus adakah ketetapan itu akan disertakan dalam NAP yang baharu yang dijangka diumum pada suku kedua tahun ini. – MalaysiaGazette