Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR – Perubahan kerajaan kepada Pakatan Harapan (PH) telah mengubah hantu-hantu menjadi nyata, kata Presiden Pas.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana tindakan terbuka dan kenyataan pemimpin mereka yang menunjukkan usaha merungkai kontrak sosial yang disimpulkan dalam Perlembagaan tanpa menghormati umat Islam yang dan dan tidak mengenang budi.

“Walaupun Pas dilihat berbeza, sehinggalah berkhilaf dengan UMNO tetapi wajib bersatu mempertahankan perkara asas yang menjadi perjuangan bersama.

“Adalah sangat mengembirakan apabila kalangan bukan Islam juga ramai yang peka bahawa tindakan yang sedang berlaku laksana mahu menebuk kapal di tengah lautan perlu dicegah secara aman dan damai.

“Malulah kepada anjing sekampung yang boleh berhenti bercakaran apabila dilihatnya musuh datang masuk ke kampungnya,” katanya dalam status media sosialnya bertajuk Rantau Yang Bermakna hari ini.

Menurut Abdul Hadi, Pilihan Raya kecil (PRK) Rantau adalah sangat bermakna kerana namanya Rantau sama seperti merantau mencari undi bersama Barisan Nasional yang sudah ‘kehilangan umpan’ untuk memancing undi.

Rantau adalah model masyarakat majmuk yang unik di mana Melayu Islam mendominasi penduduk dan pengundinya dan menarik juga MCA dan MIC datang bersama secara terbuka, katanya.

“Paling menarik keputusan majoriti besar tanda sokongan semua kaum dan pengundi muda yang berubah kembali ke pangkal jalan,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan