Syed Ibrahim kini dalam keadaan stabil namun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hoshas.

KUALA LUMPUR – Seorang Exco kerajaan Pahang dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti kuman tanah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau itu Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dimasukkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh, Pahang sejak malam tadi.

Hari ini Syed Ibrahim turut diziarahi oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah di Hoshas.

Menurut sumber, Syed Ibrahim kini dalam keadaan stabil namun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hoshas.

Difahamkan, beliau mungkin mendapat jangkitan kuman tanah kerana selalu berkebun di kawasan rumahnya.- MalaysiaGazette